Selasa, 24 Julai 2012

اينفو رمضان


Niat Puasa Ramadhan
  نويت صوم غد عن اداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى.
Ertinya”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
            Waktu niat puasa ialah pada malam hari, sebelum terbit fajar, pada setiap malam. Untuk mengelakkan terlupa pada setiap malam, bolehlah juga niat berpuasa bagi sebulan sekaligus, iaitu:

 نويت صوم شهر رمضان كله هذه السنة لله تعالى .
Ertinya”Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
Niat itu maksudnya ialah ingat di dalam hati kita untuk berpuasa kerana Allah Ta’ala.

Doa Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين.


Perkara yang Membatalkan Puasa
1. Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuaru ke dalam rongga badan dengan sengaja seperti hidung, telinga dan mulut.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Keluar darah haid, nifas dan wiladah ( melahirkan anak) bagi perempuan.
7. Gila.
8.Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
10. Murtad ( keluar dari Islam ).

Orang yang Wajib Berpuasa
1. Orang Islam yang mukallaf ( cukup umur    dan berakal ). Kanak-kanak, dan orang gila tidak      diwajibkan berpuasa.
2. Suci daripada haid dan nifas ( bagi perempuan).
3. Menetap (bukan musafir).
4. Mampu (orang yang lemah atau sakit yang tidak mampu berpuasa, tidak diwajibkan).

Isnin, 23 Julai 2012

SALAM RAMADHAN 1433H...

Hari ni Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Bulan Penghayatan Islam sempena bulan Ramadhan 1433H...

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah:-

  • Tadarus al-Quran, 
  • Kuiz Ramadhan, 
  • Tulisan Khat dan Jawi, 
  • Mencipta Slogan "saya suka bulan Ramadhan kerana......" dan 
  • Majlis Khatam Al-Quran...

Diharapkan program-program yg dirancangkan akan memberi imput dan manfaat kepada warga SKTNP1 khususnya.

Rabu, 18 Julai 2012

ASSALAMUALAIKUM WBT.....

Selamat kembali ke medan juang...


Salam Ramadhan buat semua...


Ramadhan al-mubarak...
Tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya...
Wahai sahabat-sahabatku...
Rebutlah peluang besar ini...
Sementara kita masih diberi nikmat kehidupan...
Alangkah ruginya...
Bagi sesiapa yg tidak merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya.




SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA...