Niat Puasa Ramadhan
نويت صوم غد عن اداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى.
Ertinya”Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu
Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu
niat puasa ialah pada malam hari, sebelum terbit fajar, pada setiap malam.
Untuk mengelakkan terlupa pada setiap malam, bolehlah juga niat berpuasa bagi
sebulan sekaligus, iaitu:
نويت صوم شهر رمضان كله هذه السنة لله تعالى .
Ertinya”Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
Niat itu maksudnya ialah ingat di dalam hati
kita untuk berpuasa kerana Allah Ta’ala.
Doa Berbuka Puasa
اللهم
لك صمت وبك امنت وعلى رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين.
Perkara yang Membatalkan Puasa
1. Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuaru ke dalam rongga badan dengan
sengaja seperti hidung, telinga dan mulut.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Melakukan persetubuhan pada siang hari.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Keluar darah haid, nifas dan wiladah ( melahirkan
anak) bagi perempuan.
7. Gila.
8.Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
9. Berbuka puasa sebelum masuk waktunya.
10. Murtad ( keluar dari Islam ).
Orang yang Wajib Berpuasa
1. Orang Islam yang mukallaf
( cukup umur dan berakal ).
Kanak-kanak, dan orang gila tidak diwajibkan
berpuasa.
2. Suci daripada haid dan nifas ( bagi perempuan).
3. Menetap (bukan musafir).
4. Mampu (orang yang lemah atau sakit yang tidak mampu
berpuasa, tidak diwajibkan).